Lakaran persediaan untuk kegagalan

Bismillah,

Lakaran persediaan untuk hari pertama pengambaran fotografi Sukasucre yang akan datang. Ini menjadi satu tabiat saya yang biasa. Pelbagai soalan-soalan di fikiran daripada jawapan. Melakarkan persoalan di fikiran membenarkan saya mencari jawapan.

Ini adalah pertama kali saya akan berada di lokasi pengambaran fotografi makanan dan beberapa soalan yang di fikirkan.

  • Apakah kualiti cahaya di lokasi?
  • Dari arah mana posisi matahari akan terbit dan terbenam?
  • Berapakah luas ruang kerja jika tempat di pilih adalah sesuai?
  • Berapa banyak peralatan perlu di bawa?
  • Apakah suhu di lokasi pengambaran dari mula matahari terbit dan terbenam?

Masa untuk buka Evernote Moleskins saya dan mula lakaran ringkas persediaan ruang kerja yang dipilih di lokasi pengambaran pada hari sessi fotografi makanan.

Lakaran persediaan

Lokasi fotografi adalah sebuah rumah berkembar yang besar. Ini membuatkan had kualiti cahaya pada masa yang tertentu sahaja. Ini kerana rumah berkembar ini menghadap ke arah timur matahari terbit dan tiada kawasan ataupun ruang kerja yang sesuai di kawasan belakang rumah untuk menggunakan cahaya matahari pada waktu petang.

Saya inginkan cahaya yang konsisten dan hanya ada 4 jam cahaya yang berkualiti tinggi di ruang kerja fotografi iaitu di anjung rumah, lokasi muktamad yang paling sesuai. Ruang yang luas, sekurang-kurang 100 kaki persegi. Cukup untuk peralatan fotografi dan pengerakan.

Insha Allah sessi fotografi makanan akan berjalan dengan apa yang di rancangkan dengan sedaya upaya saya. Tawakal jika apa yang terjadi pada hari pengambaran fotografi adalah ketentuan Allah SWT.

Saya doa suhu tak beberapa panas pada hari pengambaran fotografi. Bukan saya tak tahan panas, kesian dekat Macaron. Adakah ia akan cair ataupun lemau bawah suhu matahari yang tinggi?